Cerita Kami

Batrisyia Collection telah ditubuhkan pada tahun 2010 secara offline dan beroperasi mengikut konsep 'Home Office'. Mempamerkan beberapa tudung dan produk terbaik di pasaran tempatan, kami juga menitikberatkan fesyen-fesyen terkini mengikut kehendak pelanggan. Kami juga menyediakan khidmat menjahit tudung mengikut citarasa pelanggan.

Selari dengan kemajuan teknologi masa kini, kami telah mengambil inisiatif memasarkan tudung dan produk kami secara online. Pelanggan boleh melihat terlebih dahulu sebelum menempah tudung dan produk kami secara online iaitu dengan mengisi borang pesanan, email atau melalui sms. Kami mampu memberikan servis yang cepat dalam penghantaran dan juga layanan yang mesra melalui talian.

Kami berharap pelanggan-pelanggan kami berpuas hati dengan mutu dan kualiti tudung dan produk keluaran kami. InsyaAllah kami akan lebih maju dalam menghasilkan tudung dan produk yang lebih moden dan ekslusif serta meletakkan jenama Batrisyia Collection setaraf dengan jenama lain di luar.


Ikhlas,
Batrisyia Collection