Terma & Syarat

PEMBELIAN:

  • Setiap pembelian HANYA dijalankan di laman web www.batrisyia-collecton.blogspot.com atau secara offline.
  • Batrisyia Collection tidak melakukan sebarang JUALAN melalui mana-mana laman web kecuali di www.batrisyia-collection.blogspot.com.
  • Setiap pembelian dan transaksi hanya dalam RINGGIT MALAYSIA (MYR).
  • Setiap pembelian tidak boleh DIPULANGKAN atau DITUKARKAN melainkan jika terdapat sebarang kecacatan pada produk yang diterima (tidak lebih 7hari dari tarikh penerimaan).
  • Terdapat sedikit PERBEZAAN pada warna semua koleksi disebabkan oleh penyuntingan dan pencahayaan gambar. Sebagai pengesahan, sila berhubung dengan pihak kami.
  • Semua jualan adalah MUKTAMAD.


PEMBAYARAN:

  • Setiap pembelian dan transaksi hanya dalam RINGGIT MALAYSIA (MYR).
  • Pembayaran boleh dibuat melalui PERBANKAN ONLINE atau DEPOSIT TUNAI.
  • Sila pastikan transaksi yang dilakukan TEPAT dengan produk yang dibeli. Jika anda menggunakan deposit tunai, sila genapkan amaun kepada sepuluh terdekat kerana deposit tunai hanya menerima wang kertas RM10, RM50 dan RM100.
  • SALINAN PEMBAYARAN (bank slip pembayaran) hendaklah di imbas (scan) dan di email ke batrisyia_collection@yahoo.com.


PENGHANTARAN:

  • Penghantaran hanya dilakukan di MALAYSIA sahaja.
  • Sila pastikan butiran yang diisi adalah LENGKAP dan BETUL.
  • Pihak kami TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas sebarang kesilapan semasa mengisi maklumat penghantaran.
  • Penghantaran hanya akan dibuat SELEPAS PENGESAHAN penerimaan pembayaran daripada pihak kami.
  • Semua stok akan diperiksa terlebih dahulu sebelum pengesahan dan pihak kami akan menghubungi anda jika kehabisan stok.
  • Penghantaran akan dibuat melalui POSLAJU & POS PARCEL sahaja.
  • Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku KEHILANGAN barangan semasa dalam urusan penghantaran.